Jumaat, 23 September 2011

ღ ~ REdhA diataS KEtentUANnya ~ ღ


"redha adalah ujian yg maha kuat buat kita,penerimaan tanpa banyak soal. "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"


 Sifat yang paling mulia yang perlu ada di dalam diri seseorang adalah sifat mudah memaafkan kesilapan orang lain. Sekiranya seseorang itu mempunyai sifat seperti ini ianya akan sentiasa berasa bahagia kerana hati mereka tenang :D Bayangkan pula jika setiap hari ke masjid 5 kali sehari dan sentiasa bermaaf-maafan dan bermanis muka sesama islam, alangkah indahnya!

Menyesallah dahulu, kerana menyesal kemudian tidak berguna. Jika kita hendak menangis, maka menangislah pada hari ini... kerana menangis di Akhirat sudah terlambat dan tidak berguna.

'Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yang terjalin antara kami... Tidak!!! Haram untuk seorang muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya, sampai kiamat pun, dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat.

0 comments:

Catat Komen

my music

terintai - intai