Jumaat, 23 November 2012

KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH



Assalamualaikum and hello pepsss…. SELSEMA WEH SELSEMA ! hahhh sok set sok set idung nie ,,, ingus jgn ckp lahhh … eeeeyerkkkkk t kowang kena baru padan muke .. huhuu rasenya lah kan dalam bulan nie bape kalik aku sakit .. ary tue awal bulan nie jugak lahh 4 ary demam , n baru baek 3 ary sambung sakit kepale bagai nak d hentak2 kat dinding time tue 3 hary pulak .. n then xsampai seminggu baek dah datang SELSEMA dah dekat 5 hary nie …. Redha jela ,,, penghapus dosa penghapus dosa ,, insyaAllah :)))) 

Baeklah baeklah … tau kowg dah bhusan letteww tengok aku conteng pepanjang tapi entah pape jerr kan … isi xdokkk ,, don”t woryy lah selingan jer  tuuu … opppssss, I’m sorry ! sepanjang aku sakit nie ary2 kena mandy pagi … sememangnya waktu sebelum solat subuh walaupun syaitan kate jgn bangun jgn bangun kan syokkk tido .. tarik selimut sambung tido lagi best …. Tapi jeritan si cik puan merangkap mak aku lagi aku takottt coz satu uma berdengung ,,, jgn2 jiran kat sebelah dua belah uma tuuu pun dgr gamaknyaaa …. Jgn cari pasal ooooooo , rela bangun walaupun malas sebenar2nyaaa .. hahaaa tapi ade kebaikan2 mandy pagi taw taw taw ,,, hahhh itu yg aku nak khabaq kat hang menurut tajuk asal … tuuu kat bawah tuuu … sila tuduk kan pandangan n teruskan membace yooo .. silakan !







Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
=>pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
=> jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
=>kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
=>untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
=>air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
=>mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...




Sekian terima kasih kepada pembace2 d luar sane n kepada peminat sila tunggu entry yg seterusnya …. Bhahahaaaa syok sendiri ,,, ok lahhh dari xda kannn … moge bermanfaat k . wassalam

3 comments:

Unknown berkata...

Assalamualaikum (^_^) datang follow blog ni. Follower yang ke- 100 .

Nanti jikalau ade kelapangan , awak tinggalkan jejak link blog awak di sini ya Exchange link

nanti saya dapat Blogwalking awak selalu (^_^)

Hope dapat jadi rakan yang sejati dalam blogger ni ya , kita gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengeratkan lagi hubungan antara 2 blogger (^^_)
Salam perkenalan ; ) sekali lagi dari Fariz Reza .

From: Fariz Reza [Dot] Com

misz w@teveR berkata...

ok . insyaAllah
maceh :))))

licha berkata...

mandi pagi kalau ada kelas je. weeknd mg suka mandi lambat.. hehe

Catat Ulasan

my music

terintai - intai