Ahad, 22 April 2012

♥♥ si gadis n battle ship ♥♥


selamat petang kamu2 n kalian2 semua ........ dihari dibulan n ditilam yg mulia ini aq nak buat entry pasal battle ship okeyyyy <,,,,,, ahakkkk2x 
baeklahhhh ,,,, movie tue memang best kannnnn .... 
rugi sape yg xtengok lagi ... lalalalalalaaa  berlagak lah sikit kan coz dah g tngok kat wayang :::::;;
hahhhhhh kau hade !!!!!! 
nie nak story sikit kannn ... kalau ea pun syok tengok movie kan xyah lahhhh sampai kaki naek kat atas sit , terkangkang sane n sini ,,,,, isyhhhhh awok tue pompuan .. hahahah
excited sangatlah tue ~ ~ ( bukan org laen pun kawan aq sndiri .. nme d rahsiakan <<< )
dahhhhh tue tngok wayang mcm aq n kawan2 jer kannn , memekak mcm die sowg jer nak tengok ...... org laen relaks jer .... nak buat macam mane , bnyak kejutan sampai xdiam duduk di buatnya u all .... haihhhhhhhhhhhhhh
k lah xda ape lgi yang nak d bncangkan lagi lah .... dah dpt tngok pun annnn
nie ade pose2 yang xberape nak mcm model yoooo ~ ~ ~




                                                          

















                     




                                                  
                      

                                 








 



WASSALAM ,,,,,,,,,,,,,,



Ahad, 15 April 2012

ღ nalURI WANita ~ ~ ღ



Ni pekebende ni asyik cakap pasal cinta saja. Ni lah antara topic hangat antara saya dan kawan-kawan. Maklumlah semua pakat pakat nak tunang dah kahwin kan , euwwwwww. Entry ni saya buat untuk mengulas entry " nalURI WANita " kan ~ jommmmmmm ,,,,,,,,,


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan ...
menangis hanya kerana seorang lelaki?
Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...
Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah,


tetapi  ~ ~
hanya apabila dia mula menyintai anda,
dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda....






...Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…Berbaloikah dia menangis,Dihadapan anda,Hanya kerana anda?






Dia menangis bukan kerana dia lemah,Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.


Guys,Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.


Fikirkan,Kerana suatu hari nanti,Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”
Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan.
Beradalah disisi dia, menemani dia,
kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.






Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda,
janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda.
Kerana anda akan merosakkan hidup dia.


Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan
selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta.
Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...






Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


WASSALAM ,,,,,,,

Selasa, 10 April 2012

ღ MY LOVE LETTER TO ADAM ღ



Adam…

Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.



Wahai Adamku…
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi, tidak heranlah jika perjalanan hidupku senantiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku senantiasa berbelok dari landasan… kerana aku buruan syaitan.



Adam…
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih banyak jumlahnya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika jumlah kaummu melebihi kaumku niscaya merahlah dunia kerena darah manusia, kacau balaulah suasana karena Adam sama Adam bermusuhan karena Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang membolehkan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam…
Bukan karena ramainya isterimu yang membimbangkan aku.
Bukan karena sedikitnya jumlahmu yang mencemaskan aku.
Tetapi… aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu sudah tahu bahwa aku harus tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun… terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.

Adam…
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki lebih berkuasa terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memperhatikan dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

Tapi Adam…….
Apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terombang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.

Dimana perginya keadilanmu?
asalnya Allah menghendaki aku tetap tinggal di rumah……..
Aku setuju………..
Allah juga membolehkan aku keluar jika untuk suatu kepentingan.
Asalkan aku keluar dari rumah……. seluruh tubuhku ditutup dari ujung kaki sampai ujung rambut… tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam…
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam…
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu.
Aku adalah pengikutmu karena kau adalah pimpinanku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.

Adam…..
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? ?????????????
Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam…pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir didalam hawa nafsu
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimat Allah.
Perdengarkanlah daku kalimat syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam…
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan dirimu sendiri, masih malas mengikuti langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.

Maafkan aku sekali lagi Adam…
Andainya surat yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apa lagi menjadi buntu.

Waspadalah Adam…
Andai auratku tercabik…andai suaraku mengatasimu… andai langkahku seiringmu… andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.

Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih terlena dengan kesenangan dunia….

Tetapi percayalah!!!!!!!!!!!!


Bukan emas yang kucari…
bukan berlian yang kupinta…
tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu…


WASSALAM ......


my music

terintai - intai