Jumaat, 30 November 2012

Tutorial 1 : letak alert popup mesej bila on blog ~~




Salam..di sini aku nak share lagik kat korang yg tertanye2 mcm mane nak buat tutorial alert popup message .. ala-ala ucapan ringkas mase pelawat bukak blog kita kan … so ini hasil yang aku dapat .. silakan .

Jadi aku dah sediakan cara cara membuat alert mesej tu dalam post ni. Alert Popup Message tu akan akan muncul  bila pelawat membuka blog, untuk menutup tetingkap mesej tu boleh klik "pangkah" atau tekan "OK".

Isi dalam Alert Mesej tu boleh di ubahsuai di dalam kod html nya mengikut citarasa dan ayat anda sendiri. Boleh buh ayat suspent, boleh letak pujuk rayu, tak pun harapan and bla bla bla, sangat mudah!. Tapi bila dah pasang popup ni sila alert lah k, mana tahu ramai visitor yang tak suka. Kalau majoriti tak suka boleh di skrip tu balik dan blog akan kembali seperti asal.



Kaedah Letak Alert Popup Message dengan Butang OK pada blog !


1)   Buka Blogger > Design > Add a Gadget > HTML/Javascript > Copy n Paste kan Kod HTML  DIBAWAH didalamnya > Biar ruang tajuk kosong > Tekan SAVE.
2)  Anda boleh drag gadget HTML tu ke bawah supaya nampak kemas.
3)  Gantikan tulisan berwarna merah dengan ayat anda, gunakan kekreatifan anda! 



Cops n Paste kod ini:
<script type="text/javascript">
alert
('Taip mesej / lawak / amaran / pujukan / rayuan anda disini yer..')
</script> </head>






Kepada sahabat sahabat yang dah try skrip ni, tapi tak jadi silalah komen di ruang komen. Maceh .. selamat mencube ,,, aku akan cuba membantu , insyaAllah .. sekian , berehat bersama kit kat .. daaaaa




Khamis, 29 November 2012

# sambal ikan bilis , siap !




Phewitttttttt . selamat bersiaran lagik , ary nie aku nak kongsi masak sambal ikan bilis .. heee walaupun aku tau kamu kamu n kamu semua dah pandai memasak nya kan kan kan .. ( saje membodek .. jujur kan ! ) so .. aku dengan resepi aku ,, korang2 dgn resepi korang2 .. ( hakikatnye mak aku yang ajar .. ngeee ) let’s go babe .. jeng jeng jeng ….




Urmmm chaakkk … begini cARAnya :


  1.     kena pilih ikan bilis yang mutunya grad A.. law nak B , C n lain2 gred pun boleyy .. haha [biasanya ikan bilis bewarna putih atau kekuningan dan nipis..harganya mahal sedikit. Tapi korang masih mampu nak beli lahh .. don’t wory 
  2.   belahkan dan bersihkan kekotoran.[ini memang kena buat satu perstau..buatlah sambil tenguk tv kerr.. anggap jer buat kerja sambil berzikir..]
  3.   Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. ( jgn sampai satu botol pulak ,, hahh kena hempuk ngan mak kowg xtau .. xajarrr .. wawaaaa )
  4. Basuhkan ikan bilis dan tapiskan dengan cepat. Pastikan ikan bilis tidak kembang.
  5. Masukkan ikan bilis terus dalam kuali dan sentiasa kacau rata.
  6. Bila telah nampak garing [biasanya tiada kedengaran bunyi saperti meletik ataupun bunyi yg sepatutnya] angkat dan tuskan ikan bilis gunakan senduk berlubang.
  7. Taburkan ikan bilis atas dulang atau mangkuk yang dilapikkan dengan kertas tisu besar untuk menyerapkan minyak gorengan.
  8.  Simpan ikan bilis dalam bekas kedap udara atau sedia untuk ditumiskan.
  9. Tumiskan sambal sehingga garing. Tutup api baru masukkan ikan bilis dan juga bahan lain saperti tempe atau kacang goreng yang telah digorengkan secara berasingan.
  10. Siap … dah bolehh makan .. hahaaaa law ada resepi cara lain sila tinggalkan kat komen ea .. sharing is caring tauuuuu . ^_^




tengok .. ini hasilnya untuk tengahari nanti ..
hikhik ..
buat sendiri tawww ..
nak rase datang uma .. huhu





Ini saja lah contengan hamba untuk belog yg xberape nak siap nie .. euwwww kita ketemu lagik dgn entry yg berikutnya ea buk .. aku udah dulu ya ya ya … bip bip horeyyyyyy … bubbyeeeeee baby bucukkk … ( sape tahhh .. aku bantai jerr )

Jumaat, 23 November 2012

KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH



Assalamualaikum and hello pepsss…. SELSEMA WEH SELSEMA ! hahhh sok set sok set idung nie ,,, ingus jgn ckp lahhh … eeeeyerkkkkk t kowang kena baru padan muke .. huhuu rasenya lah kan dalam bulan nie bape kalik aku sakit .. ary tue awal bulan nie jugak lahh 4 ary demam , n baru baek 3 ary sambung sakit kepale bagai nak d hentak2 kat dinding time tue 3 hary pulak .. n then xsampai seminggu baek dah datang SELSEMA dah dekat 5 hary nie …. Redha jela ,,, penghapus dosa penghapus dosa ,, insyaAllah :)))) 

Baeklah baeklah … tau kowg dah bhusan letteww tengok aku conteng pepanjang tapi entah pape jerr kan … isi xdokkk ,, don”t woryy lah selingan jer  tuuu … opppssss, I’m sorry ! sepanjang aku sakit nie ary2 kena mandy pagi … sememangnya waktu sebelum solat subuh walaupun syaitan kate jgn bangun jgn bangun kan syokkk tido .. tarik selimut sambung tido lagi best …. Tapi jeritan si cik puan merangkap mak aku lagi aku takottt coz satu uma berdengung ,,, jgn2 jiran kat sebelah dua belah uma tuuu pun dgr gamaknyaaa …. Jgn cari pasal ooooooo , rela bangun walaupun malas sebenar2nyaaa .. hahaaa tapi ade kebaikan2 mandy pagi taw taw taw ,,, hahhh itu yg aku nak khabaq kat hang menurut tajuk asal … tuuu kat bawah tuuu … sila tuduk kan pandangan n teruskan membace yooo .. silakan !







Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
=>pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
=> jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
=>kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
=>untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
=>air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
=>mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...




Sekian terima kasih kepada pembace2 d luar sane n kepada peminat sila tunggu entry yg seterusnya …. Bhahahaaaa syok sendiri ,,, ok lahhh dari xda kannn … moge bermanfaat k . wassalam

Rabu, 21 November 2012

" khasiat buah naga "





selamat siang semua ..... sebelum aku meneruskan contengan tajuk asal ,,,mohhh lerr same2 berdoa untuk  rakyat di gaza !


Alhamdulillah...

Ramai yang cukup peduli tentang apa yang berlaku di Gaza.
Tak cukup peduli saja, kenalah berdoa agar Palestine diberikan kemenangan untuk menjatuhkan Israel laknatullah.

Dan kuasa kita sebagai umat Islam sekarang ini, salah satunya adalah memboikot beberapa barangan Israel (bukan Yahudi yang tidak menzalimi umat Islam sebagaimana Yahudi Israel). Ia bertujuan untuk menyekat ekonomi mereka, insyaAllah, walau sedikit pun tidak mengapalah... Asalkan itu tanda kita mempunyai usaha sedikit sebanyak untuk menjatuhkan Israel.

"Cukuplah Allah sebagai penolong kami..."











hiasan semata2 ....
tq  bapak google !
haha






khasiatnya ialah : 

-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
-vitamin B1 (mencegah demam badan);
-vitamin B2 (menambah selera)
-vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol)
-vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat)
-mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesehatan jantung
-serat (mencegah kanker usus, kencing manis dan diet)
-karotin (kesehatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit)
-kalsium (menguatkan tulang).
-Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah.
-bertindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
-Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah
-Cegah kanser usus
-Cegah kandungan kolesterol tinggi
-Turunkan kadar lemak 
( yang nie aku xpasti coz sampai ary nie xkurus pun .. haha mybe tengok pada org jugak kot ,,, mane nak kurus kalau dah melantak berpinggan2 nasi satu ary .. heeeee )



so ,, pasnie makan lah buah naga ea .. banyak khasiat  sambil2 kita menjaga kesihatan ...
semua maklumat nie aku klik klik kat bapak n ibu google saje .. hehe
harap2 perkongsian nie berguna lah yooooo !
maceh pada peminat n pembaca yang selalu jenguk blog saya ...
heeee walaupun hakikatnya xdokkkk .... perasan japppp ,,, 
bubbye .. si cantek manis n si hensem tampan ...
muahhhh .





Rabu, 7 November 2012

♥ ♥ ♥





Bosan k bosan k ,,, xtau nak buat ape daaa ,,,
naseb lah ade blog kan kan ....
dengan lafaz Bismillah ... muhasabah diri di pagi hary ! 




Saat hati berkata " INGIN ", namun ALLAH berkata " TUNGGU ".

Saat AIR MATA harus menitis, namun ALLAH berkata " TERSENYUMLAH ".

Saat segalanya terasa " MEMBOSANKAN ", namun ALLAH berkata " TERUSLAH 

MELANGKAH ".

kita merancang Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik.. :')




Sometimes we all feel alone :)

Sometimes we have lots of gf/bf when we have no love friends :)

Sometimes Life is Awesome :)

Sometimes we are not grateful :)

Sometimes I feel bad about nd admit my sins :)

Sometimes I wish I could be Awesome :)

But remember all this times.,.,.,.,.,.,.,.,.,.

Everytime, Every Second, Every tick, God is always with us giving chances to 

change and admit the faults we have done.

NOW I KNOW SOMETHING MORE THAN AWESOME "ALLAH IS EVERYTHING" !!!

Isnin, 5 November 2012

time menggiler kan diri :) part 2




hye cik puan n tuan puan sekalian alam ... mornink d hari isnin yang indah lagik permai ,, dah sarapan semua ??? dah mandi ?? dah siap kemas rumah ??? dan boleyy kita mula kan contengan tok ary nie ??? sila nyatakan yang mane korang suka ,, xnak pakse2 .. moge ary nie sesemua happy n ceria serta sihat hendaknye ... *____* sila gosok gigi sebelum membace t lemau jerrr .. heeee tanpa melengahkan mase lagik ,,, aku ingin memperkenalkan si gadis2 yang kebhusanan lagi kegilaan .. jom kita jengah pose2 yang xberape nak siuman nie .. ohhh no ohh no urmmm caaakkk !






cik aby .. yg paling mude antara kamik berempat .
hahhh xkesa lah janji masuk kepale ...
<3






ok .. nie dak cik nana ali ..
yg paling kuat antara kamik .. hikhik
takot ooo .. dulu perna kena tendang bola smpai ke muka ..
fobia2 !
<3  







next .. ZM atau lebih manja dengan name ,,
zawanah mahmod .. heeee
paling kuat makan bile mood makan dia tibe ..
xhenti2 ,, mengunyah jerr ..
haha
<3






okkk ... yg last skali ..
ceteka sape ???
cepattt ,, ada hadiah taw kalau betol ..
ahaks2 .
ini lah tuan empunye belog ,,
ceewahhhh ,
siap nak promote taw ....
:)




Sila perhatikan sebaek mungkin ! sangat pelahap kan …. Naseb lah kafe time nie kosong taw taw taw ,, kalau lah ramai msti org pikir budak nie giler . it’s ok lahhh ,,, tidak hipokrit kan,, sila jgn emo cimot .. xde org ckp pun,, kamu sndiri yg terase dah kenape .. haha ini lah kerja kamik mase lapang yang memang sengaje dilapangkang padahal ade jerr asgment n buku2 yg mnx dibace kamik yg rajin sangat nak buat last mnute .. ok lah dari xbuat kan … sememangnye buat kerja last minit nie best jgk… time tue beriya2 muka sengsowg buat keja , xtoleh kiri kanan ( ini Nampak sangat membohong ,, padahal sibuk g kacau org laen ) sampai makan pun lupe ,, tension jgn ckp ,, memanjang jer tension n stress sebab keja xsiap lagik ,, cube dah siap … tiap2 malam ajak tengok movie .. hahahaa tapi bile buat kerja awal ,, t msti ckp alaaaa banyak mase lagik ,, esok lahh . esok lah … itu jerr alasan nye ,, padahal malas dah menguasai diri ,, syaitan dah gayut2 kat telinga ckp jgn buat jgn buat mase masih banyak … hahhh kan dah tergoda .. euwwwwwww sempat nak berhoreyyy sini sane … manusia2 xpuas-puas berhibur lahh ,,, ecehh ecehhh padahal kau pun same lah cimot .. ada aku nyatakan di ats aku xbuat … xde kan xde , so !!!! sila jgn jelezzz .. tetibe jerr ,, hohoooho


jadik kita sudah sampai d penghujungnye ... sampai sini sahaja lah dulu yooo contenganku pada kalik ini ... sila jangan nakal2 .. maceh pada yang sudi membaci ,, pada yang xsudi tue tidak mengapa .. sekali lagi ku ulangi tiada paksaan ok ... tataaa titiii tituuuuuu !




Ahad, 4 November 2012

Kenangan terindah .. PJKN



PENGENALAN





Program Jatidiri Kesukarelaan Nasional (PJKN) merupakan suatu bentuk “Khidmat Nasional” bagi belia lepasan SPM. Walau bagaimanapun ianya berbeza daripada “Program Khidmat Negara” yang umumnya bersifat ketenteraan dengan tujuan memperkukuhkan mental dan fizikal peserta. Pelaksanaan PJKN lebih menekankan kepada aspek pembangunan diri generasi muda itu sendiri di samping menyemai semangat memperkasa jati diri, kesukarelaan, patriotisme, membentuk perilaku yang baik dan menghayati perpaduan negara.

PJKN telah diperkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2006 dengan bertujuan untuk mengisi masa lapang belia dan beliawanis yang tidak terpilih menyertai PLKN. Dalam program PJKN inilah masa yang terbaik kepada para belia dan beliawanis membuktikan kemampuan yang dimiliki oleh mereka dan yang kurang pengalaman boleh menimba pengetahuan.






BARISAN JURULATIH …
KOWANG MEMANG TERBAEK ..
<3



Seperti yang termaklum … aku dengan ini ingin menceritakan dan mendendangkan semula pengalaman2 bersame sahabat belia MELAKA … mari kita teruskan ! heeeee xkelakar pun … sila jgn gelak ea timah . first pogram ini memang terbaek … PJKN same seperti PLKN ,,,, just beza nya mase yg diperuntuk kan … bertempat di PLKN asahan gunung ledang ! tarikh aku dah lupe ,, sok2 law ingat aku kasik update yooooo .. mule2 join gase cam … eeeeyerrrrrrrrrrrrk , tapi lame2 bak kate org tua2 xkenal maka xlove lerr kannn ….. di sini aku kenal erti persahabatan , kasih sayang , kerjasama , berdikari dan yang paling utama “ JATUH CINTA LAGI “ ! huhhhh xmo kenang lagik xmo …. Pertama-tama sekali ku ingin perkenalkan semua fasi2 yg memang terbaek tapi kalau ade name yg aku xsebut maknenya dah terlupe lettewww ,,, ok mari kita eja satu persatu … taraaaaaaa cgu shukri , cgu najib , cgu khidir , cgu shahmi,ehsan,amer,arib,kak fifi , cgu yanie , cgu saifen,asrol , cgu mai , cgu umie , cgu mas merah , cgu zuhnulehsan dan laen2 .. ( maknenya yg laen2 tue ku dah xengat name dia ) thanks pada SAHABAT BELIA coz dah memilih sekolah aku tok sertai pogram mereka2 sekalian . aku rase time tue skola aku yg paling ramai antar wakil kot ,,, sebab tue suka besar kepale kat sane .. hahaaa diam xdiam dah 4 tahun berlalu …. Setiap kenangan xkan perna aku lupe malah still tersemat kat jiwa n rage tapi yang manis jela .. yg pahit dah ku cmpak kat lombong yang berdekatan owkeyyy … huuuuu rase macam dah kering pulak idea nie … jom lah aku tempek kan korang dengan posing2 yang ala2 super model tue …. Hipp hippp horeyyyy J








baeklah baeklah .nie group aku . sampai skunk ingat taw ..
kump. ATOK ! kump. 8 ...fc die encik KHIDIR !
terbaek dari ladang .. heeeeeee kteowg selalu jadik yg terheboh n xterkawal ..
kununnye lah kan ... semua hebat2 .. baek2 .. kacak2 .. cantek2 ..
lagikk ape ekkk .. nanti2 lah aku pikir kan .. hohohooo
ingatkan dulu fc kteowg dah kawen coz sejujurnye muka cm bapak owg ..
lalaaaa jgn marah ea,,, upenya single .. eeeee mule lettewww nak gedik2 .
aiyoyo ... ade ke patut time malam persembahan akhir dia soh aku buat tarian hindustan heyy heyyy . tapi aku xkesaa pun .. aku bedal jerrr ,, yg penting heppy .. kump nie memang sokmo hepi ,, lagik budak sekolah aku jerr yg ramai .. boleyyy kirra tauuu ,, dlm satu kump ade lebih kurang 10 org kot hahhh lupe lagik .. n kump aku ade 5 org budak skola aku ,, kan kan aku dah ckp kteowg yg konkerrr .. haihhhh tue jela kot .. 









seingat aku .. nie time pas aktiviti air terjun ..
yang berdekatan dengan gunung ledang tue ...
sangat sejuk airnye ..
actualy xnak mandy tapi sudah d tolak oleh si jejake ..
euwwwwwww
history betol !










oraitttttt .. yang nie pulak aktiviti lepas kayakk .
semua dah kepenatan tapi seronok bangat deyhhh .
heeeeeee






nie pulak sesi nak cerita ceriti kat org ,,
ape yang mereka dah bincangkan dlm kumpulan ..
ataupun lebih senang d sebut LDK kump.
serius semua tin tong nak pikir idea ...
hahhhhh








selepas 6 hary kteowg buat aktiviti ,,,
n pastue tibe pulak 4 hary bersame ,,
fmly angkat ..
tapi xtau lahh pe jadik ngan mkcik nie ..
huuuhuuu
jaat kan aku ,,, pas abes pogram lupe dahhh ..
ngeeeeeeee






nie semua aktiviti2 yg dijlankan ,,
semase d rumah fmly angkat ..
alaaa2 buat khidmat bakti kat org kampong kann ..
best gilerrr taw ..
rugi2 sape xjoin ..
(:







di bawah ini ade sedikit tontonan ...
pic fc2 yang tersayang .. hikhik 



 
 

 

 

 








dan di bawah sekali .... 
aktiviti2 yg d jalankan ..
urmmmm chakkkkkkk !





 

 








jeng jeng jeng ....
hahhhhh .
dah siap satu story .
hahaha ..
akan bersambung dengan cerita seterusnye..
tungu sekejap ...
padahal lame ..
hukhuk 
daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .




my music

terintai - intai