Ahad, 1 April 2012

✿ S A Y ! N O ! T O ! A P R I L ! F O O L ✿



hai..hari nie nk bincangkan topik tentang " APRIL FOOL " yg di katakan haram oleh beberape pihak.. 




Pelbagai versi yang kita dengar apabila berbicara mengenai sejarah April Fool . Ade yang mengaitkan sejarah April Fool dengan Tragedi berdarah Granada umat Islam di Sepanyol yang berlaku pada 1 APRIL 1847 MASIHI yang dikenali sebagai "The April Fool Day" oleh golongan Kristian dan pelbagai versi lain yang dikaitkan dengan sejarah April Fool. Namun apa yang ingin 
    ditekankan disini bukanlah mengenai sejarah APRIL FOOL, tetapi adalah mengenai budaya APRIL FOOL yang jelas bertentangan dengan ajaran islam yang mana Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersifat jujur dalam kehidupan.



Apabila membicarakan mengenai April Fool’s Day, mereka atau golongan-golongan yang meraikan hari tersebut tidak dapat tidak lari daripada terlibat dengan unsur penipuan yang mana ianya merupakan salah satu sifat mazmumah atau sifat yang buruk yang dilarang dalam Islam.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam : “Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah.” [HR al-Bukhari dan Muslim]


Menipu adalah satu sifat yang buruk dalam Islam. Malahan ianya merupakan salah satu daripada tanda-tanda orang yang munafik.
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyebut :
Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan.
Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : “Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah”. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda SAW bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah SAW juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].
Sebahagian hadis Nabi SAW turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]




Kesimpulannya, APRIL FOOL adalah haram disambut oleh umat islam. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat ISLAM untuk menyampaikan perkara ini kepada sesiapa yang masih belum mengetahuinya

I Ñ S Y Ä Å L L Ä H



0 comments:

Catat Ulasan

my music

terintai - intai